sekarang dah masuk bulan febuari so bulan febuari ada lah bulan kasih sayang...kali ni ntah apa mimpi aq nak tulis pasal cinta dari segi pendapat aq..idea aq nak citer sal cinta ni dari member aq seorang lelaki.masa 2 aq ngah chat ngan dia kat facebook. dia tanya aq apa itu cinta. aq terduduk termenung sejenak memikirkan pertanyaanya itu.aq pun bab cinta ni bukan pakar sangat sebab aq selalu jer putus cinta. bg pendapat aq cinta itu amat suci, seperti satu kanvas yang bersih dan suci. selain itu juga cinta perlu pengorbanan. bukan dari satu pihak sahaja namun bagi aq kedua-dua pihak jugak harus berkorban. harus ada win-win situation diantara kedua-dua pihak. selain itu kita juga haruslah menerima pasangan kita tu dengan seadanya. tidak ada insan yang sempurna didunia ini.so kita kena terima kekurangan pada pasangan kita tu.. klu boleh just be ur self.. jangan cuba jadi hipokrit didepannya. sebaiknya tunjukkan dirimu sebenar didepan insan yang tersayang.itu bagi pendapat aq. lepas tu aq tanya dia apa pendapat dia sal cinta pulak. jawapannya mmg buat aq terkejut. dia kata 'cinta itu menyakitkan dan lebih baik bercinta selepas khawin'. aq rasa mmg dia pernah dikecewakan. memang putus cinta itu menyakitkan. aq dah mengalaminya beberapa kali. sehingga aq bertekad untuk membuat sesuatu yang bodoh iaitu menamatkan riwayat hidup aq. memang bagi aq ketika itu dia adalah segala-galanya. tapi sekarang aq sedar, semua itu hanya lah perbuatan yang sia. aq menyakitkan diriku bagi lelaki yang tak tahu menghargai diriku. bagi ku itu ada lah satu pengalaman. kegagalan dalam cinta menjadikan aq lebih matang .. sekarang aq dah berusia 20 tahun. ntah lah mungkin aq dah hapuskan persepsi aq bahawa lelaki semua sama cuma tahu sakitkan hati dan kecewakan kaum hawa sahaja. dan sekarang aq xkan mengejar cinta yang x pasti. aq akan menunggu ia datang sendiri.

No comments:
Post a Comment